BELAJAR SAMBIL BERMAIN
Hay,,, teman_temanku semuanya. menurut kalian belajar sambil bermain itu menyenangkan bukan?
bagi aku sendiri belajar sambil bermain itu sangat menyenangkan karna bisa membuat kita ingat akan pengalaman itu.Disekolah aku lebih sering belajar tuh," main-main aja tapi masuk juga lah ke otak!! Seperti berdiskusi dengan teman, menyanyi, dan bercerita. Belajar bukan hanya di sekolah, di rumah, bisa juga di taman, di rumah teman atau di mana-mana. Dalam belajar kita juga harus memilih teman yang bisa di ajak bekerja sama dan lebih mwngerti tentang pelajaran, jika kita memilihi teman yang sederajat dengan kita, kita tak akan mengerti akan pelajaran tersebut akibat nya kita hanya bermain-main.Tips untuk belajar sambil bermain:
1. Berpikir positif
2. Melakukan sesuatu harus pasti_ pasti
3. Jangan berbohong pada orang tua jika kita ada tugas di luar
4.Jika berjanji harus di tepati.,supaya ia selalu mempercayai kita.
contoh belajar yang baik dan benar. Memilih lokasi belajar yang nyaman dan memiliki banyak buku pengetahuan yang bisa membantu kita menemukan gagasan-gagasan yang baru. Selain memilih lokasi, kita juga harus memilih teman.Seperti teman yang bisa di ajak berpikir tentang pelajaran.
Memfokuskan diri pada apa yang ingin di pelajarai agar apa yang kita pelajari masuk ke otak dan dapat di cerna.
Konsep Belajar Sambil Bermain
Bermain merupakan satu pendekatan terancang, dan
berstruktur bagi memberikan peluang kepada kanak-kanak mahupun orang
dewasa belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan dan
bebas. Pelajar yang melalui proses belajar sambil bermain akan mendapat
pengalaman langsung yang sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran
yang mantap dan berkesan. Bagi kanak-kanak pula, main merupakan satu
laluan yang membolehkan mereka belajar dan mengenali persekitaran atau
dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan, proses cuba-jaya dan
manipulasi bahan dan alatan.
Main menjadi bermakna sekiranya mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
Main merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan semata-mata untuk kepuasan.
Main hendaklah dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta dan tidak dipaksa.
Main hendaklah membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan.
Main hendaklah mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan atau kepuasan pemain.
Main merupakan aktiviti fizikal atau psikologi atau kedua-duanya dan hendaklah disertai secara aktif oleh peserta.
Selain itu terdapat pelbagai kepentingan belajar sambil bermain diantaranya ialah :
Mengurangkan tekanan
Meningkatkan kemahiran manipulatif seperti mencantum, melukis dan menampal.
Berinteraksi secara positif
Memenuhi keperluan naluri ingin tahu
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi
Meningkatkan penguasaan bahasa dengan melakonkan semula apa yang dibaca atau cerita yang didengar.
Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif
Pembelajaran adalah proses mengintegrasi atau menerapkan maklumat
dalam struktur kognitif dalaman seseorang. Persekitaran pembelajaran
pula merangkumi kesemua pemboleh ubah yang terlibat dalam konteks
pembelajaran sama ada secara fizikal, sosial mahupun psikologi. Ia
adalah suatu keadaan persekitaran di mana pelajar akan dirangsang untuk
terlibat dalam proses pembelajaran, mampu mempengaruhi tingkah laku
pelajar di samping pembentukan kemahiran atau perspektif kognitif dan
bukan kognitif mereka. Selaras dengan konsep belajar sambil bermain,
hasil pembelajaran seseorang mungkin berbeza dan tidak dapat dilihat
secara jelas, namun faedah yang mereka perolehi amat berguna dalam
proses penerapan maklumat seseorang individu.
Bagi memaksimumkan pemerolehan ilmu pengetahuan seseorang,
persekitaran pembelajaran perlulah menyediakan rangsangan yang
bersesuaian sebagai contoh rangsangan untuk penyelesaian masalah,
mengurangkan tekanan dan meningkatkan keseronokan untuk belajar. Untuk
itu, pendidik perlu mengetahui teknik yang terbaik yang mampu menarik
minat kanak-kanak untuk belajar seperti teknik belajar sambil bermain.
Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (KPAKK) menerapkan aktiviti
pembelajaran bagi para pelajar yang ingin mempelajari dan mendalami
bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Dengan kemudahan prasarana yang
lengkap, ruang pembelajaran yang kondusif serta tenaga pengajar yang
berkualiti tidak mustahil dapat melahirkan bakal-bakal pendidik yang
berkemahiran dan berpengetahuan luas dalam bidang awal kanak-kanak.
Sebagai contoh, salah satu bilik kuliah yang dinamakan ‘Bilik Froebel’
menyediakan ruang pembelajaran yang luas dan selesa berkonsepkan ruang
yang terbuka bagi tujuan pembelajaran.
Dalam mengaplikasikan konsep belajar sambil bermain, bilik kuliah ini
juga dilengkapi dengan cermin yang besar di sebelah kiri dan kanan
bilik bagi memberikan peluang kepada para pelajar melakukan aktiviti
secara bebas terutamanya aktiviti yang melibatkan pergerakan kreatif,
aktiviti seni dan sebagainya. Selain daripada menguasai konsep teori di
bilik kuliah, KPAKK juga menyediakan makmal simulasi yang berkonsepkan
iklim dan suasana di TASKA dan TADIKA. Makmal simulasi ini memberikan
peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti simulasi dan merasai
persekitaran sebenar bagaimana kanak-kanak belajar sambil bermain di
TASKA dan TADIKA.
Justeru, bagi memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai dengan
seoptimum yang mungkin, pelajar perlu didedahkan dengan teknik belajar
sambil bermain tidak kira bagi kanak-kanak di TASKA mahupun mereka yang
melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Dengan adanya makmal
simulasi, bilik kuliah yang bercirikan konsep belajar sambil bermain
serta bahan-bahan bantu pembelajaran yang dilihat amat bersesuaian
dengan matlamat KPAKK yang mahu menghasilkan graduan yang berkualiti
dari aspek teori dan praktikal dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Sumber : www.kpakk.edu.my.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar